ALL REDS MALAYSIA Lancar Laman Web Baharu allreds.my

Oleh ADMIN

ALL REDS MALAYSIA (ARM), kelab penyokong rasmi Liverpool FC terbesar di seluruh Malaysia, melancarkan laman web baharu mereka, allreds.my, sempena Mesyuarat Agung Tahunan Ke-12 yang berlangsung di Shah Alam, Selangor pada 30 Ogos 2025.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Presiden ARM, Muzili Aznor Musa bersama Timbalan Presiden, Wan Zamarudin Mohd Yusof. Laman web ini pada peringkat awal akan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa ARM, Johardy Ibrahim, yang juga merupakan editor DagangNews.com.

Laman web ini diwujudkan bagi memudahkan ahli-ahli ARM menyiarkan aktiviti di wilayah masing-masing, mendapatkan berita penting mengenai Liverpool FC, dan menerima makluman rasmi terus daripada kelab induk LFC di England.

Ahli-ahli ARM digalakkan menghantar bahan berita lengkap bersama gambar, termasuk aktiviti seperti sesi tontonan perlawanan Liverpool FC, perhimpunan penyokong, perlawanan bola sepak sesama ahli, atau program kebajikan.

Bahan yang dihantar perlu menyatakan:

  • Apa kegiatan dijalankan
  • Bila tarikh dan tempoh masa berlangsung
  • Di mana lokasi aktiviti
  • Siapa yang hadir (termasuk tetamu khas, jika ada)

Segala bahan boleh diemelkan ke allredsmyeditor@gmail.com.

Selain berita, ahli-ahli yang gemar menulis juga dialu-alukan untuk mengemukakan artikel sorotan, ulasan perlawanan, atau pandangan mengenai peristiwa semasa yang berkaitan Liverpool FC. Artikel boleh menggunakan nama samaran, namun nama sebenar perlu disertakan untuk rekod editor. Panjang artikel tidak melebihi 900 patah perkataan.

Laman web ini pada tahun pertama akan dikendalikan sepenuhnya oleh Johardy Ibrahim. ARM menyasarkan untuk melantik sukarelawan dalam kalangan ahli sebagai editor bagi tahun kedua dan seterusnya, dengan lebih daripada seorang editor disasarkan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dihantar melalui e-mel ke allredsmyeditor@gmail.com.