Jawatankuasa Induk All Reds Malaysia 2025\2027

MESYUARAT Agung Tahunan ke-12 All Reds Malaysia pada 30 Ogos 2025, sebulat suara mengundi mengekalkan Jawatankuasa Induk kelab pimpinan Sdr Muzili Aznor Musa.

Hanya dua jawatan dipertandingkan iaitu 1 kerusi Ahli Jawatankuasa dan 1 kerusi Juruaudit. Sdr Noruldin Mamat mewakili Wilayah Timur mencadangkan Sdr Johardy Ibrahim yang sudah pun menjadi AJK lantikan sejak dua penggal lalu.

Sama seperti pencalonan Sdr Johardy, pencalonan bagi kerusi Juruaudit, Sdr Ariff Othman Akbar telah dimenangi tanpa bertanding.

Untuk rekod, kedua-dua Sdr Johardy dan Sdr Ariff sememangnya aktif dalam aktiviti kelab walaupun hanya sebagai ahli biasa.

Pemilihan mereka berdua adalah tanda penghargaan dan pengiktirafan Jawatankuasa Induk terhadap komitmen mereka sekian lama.

Berikut Adalah Senarai Penuh Jawatankuasa Induk Kelab Sukan All Reds Sesi 2025/2027

Presiden                              : Muzili Aznor Musa

Timbalan Presiden I        : Wan Zamarudin Mohd Yusof

Timbalan Presiden II      : Mohd Hanafiah Yahya

Setiausaha                          : Norhidayu Md Toha

Penolong S/U                    : Shahida Mohamed

Bendahari                           : Noor Azizah Mohd Kassim

Penolong Bendahari       : Farah Farhana Mohd Pauzi

Ahli Jawatankuasa:

Noruldin Mamat
Ahmad Faizal
Sheikh Mohd Adzha Sheikh Ramdzan
Duraisingan a/l Sinnappan
Johardy Ibrahim

Mohd Hasmuni Mohd Munir
Mohd Sufri Busu

Juruaudit I          : Mohd Nasiruddin Badarudin
Juruaudit II         : Ariff Othman Akbar

Bersama-sama kita mendoakan perjalanan kelab kita dipermudahkan, berjalan lancar dan mencapat matlamat yang disasarkan, terutama dalam menyokong Liverpool FC mengharungi musim EPL 2025/2026 hingga 2027 untuk mengulangi kejayaan sebagai Juara EPL 2024/25.